Wednesday, April 08, 2009

Utara: Wanita terima pampasan insurans suami RM150,000

KANGAR: Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Kelubi, Beseri, dekat sini, terkejut apabila menerima pampasan insurans berjumlah RM150,000 milik arwah suaminya, semalam.

Sabina Ramli, 38, sebelum ini tidak pernah terfikir untuk mendapat wang sebanyak itu sehingga dimaklumkan majikan suaminya, syarikat ladang tebu PPB Group Bhd.

Beliau berkata, arwah suaminya, Roslan Long, 43, terbunuh dalam kemalangan di tempat kerja pada 4 Januari lalu menyebabkan kehidupannya bertambah sukar, terutama memikirkan masa depan lima anaknya berusia antara dua tahun dan 18 tahun.

"Sejak kematian suami, kehidupan saya menjadi tidak keharuan dan cuba mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membesar dan memberi pendidikan kepada anak-anak.

"Pampasan ini adalah rezeki anak-anak dan saya akan memanfaatkan wang berkenaan untuk masa depan anak-anak serta menabung untuk masa depan keluarga," katanya ketika ditemui selepas majlis pemberian pampasan itu di rumahnya.

SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

No comments: